A. Bulan memantulkan cahaya dari matahari
1. Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi bagi bumi.
2. Bulan bukan merupakan sebuah bintang mahupun planet
kerana bulan tidak menghasilkan cahaya sendiri.
3. Bulan kelihatan terang pada waktu malam kerana memantulkancahaya daripada matahari ke bumi.
4. Pada waktu siang, kita tidak melihat bulan dengan jelas di langit. Ini adalah kerana cahaya dari matahari adalah terlalu terang berbandong cahaya yang dipantulkan oleh bulan.
B. Fasa-fasa Bulan
1. Apabila bulan bergerak mengelilingi Bumi, bentuk Bulan akan kelihatan berbeza-beza kerana kedudukan relatif Bumi dan Matahari kepada bulan.
2. Bulan tidak mengeluarkan cahaya. Ia hanya memantulkan cahaya daripada Matahari Walaupun Bulan kelihatan bercahaya di langit malam, bentuknya berbeza-beza dari semasa ke semasa.Kadangkala bentuknya bulat, separuh bulat atau berbentuk sabit.Malah pada sesetengah malam, Bulan langsung tidak kelihatan di langit.
3. Bentuk-bentuk Bulan yang berlainan itu dikenali sebagai fasa Bulan. Semasa Bulan mengorbit Bumi, bahagian yang disinari Matahari, iaitu bahagian yang kita lihat akan melalui suatu tempoh perubahan atau fasa. Fasa Bulan terjadi kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya ke Bumi adalah berbeza dari semasa ke semasa.Bulan mengambil masa 29 hari untuk melengkapkan satu siri fasa.

4. Oleh itu, kita boleh melihat pelbagai bentuk Bulan pada setiap malam, Fenomena ini dipanggil sebagai fasa Bulan.
Fasa Bulan terdiri daripada
a. anak Bulan
b. Bulan sabit
c. Bulan separa
d. Bulan purnama.
5. Anak Bulan berlaku apabila permukaan Bulan yang gelap
menghadap Bumi. Jadi, Bulan kelihatan gelap dan tidak dapat
dilihat di langit malam.
6. Fasa Bulan selepas anak bulan ialah bulan sabit baru. Pada masa ini hanya sebahagian kecil permukaan bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari yang
dilihat di langit malam.
6. Fasa Bulan selepas anak bulan ialah bulan sabit baru. Pada masa ini hanya sebahagian kecil permukaan bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari yang
Bumi.
7. semakin lama, semakin besar permukaan Bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beransur-ansur beralih ke Bulan separa, purnama Baru dan akhir sekali Bulan Purnama.
8. Manakala semasa Bulan Purnama berlaku , keseluruhan bahagian terang permukaan Bulan menghadap Bumi.
9. Kemudian, semakin lama,semakin kecil permukaan Bulan yang diterangi cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beralih ke purnama lama,Bulan separa dan Bulan Sabit lama.
10. Tempoh masa untuk satu urutan fasa Bulan yang lengkap ialah 29 hari. Urutan fasa ini akan berulang semula secara seragam.

Fasa-Fasa Bulan
|
Ciri-Ciri
|
1. Anak Bulan
|
· Bulan berada di antara Matahari dan Bumi
· Bahagian Bulan yang tidak diterangi cahaya matahari mengadap Bumi.
· Bulan tidak dapat dilihat dari Bumi.
|
2. Bulan Sabit Baru
|
· Bahagian kanan Bulan disinari cahaya matahari.
· Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.
· Fasa ini berlaku antara anak Bulan dan bulan separa.
|
3. Bulan Separa
(suku pertama)
|
· Separuh daripada Bulan iaitu bahagian sebelah kanan di sinari cahaya Matahari.
· Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.
|
4. Purnama Baru
|
· Lebih daripada separuh Bulan pada bahagian sebelah kanan diterangi cahaya matahari.
· Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.
|
5. Bulan purnama penuh
|
· Bulan diterangi cahaya matahari sepenuhnya.
· Bahagian yang diterangi cahaya matahari mengadap Bumi.
· Bulan dapat dilihat dalam bentuk bulatan dari Bumi.
|
6. Purnama Lama
|
· Lebih daripada separuh Bulan iaitu pada sebelah kiri diterangi cahaya matahari.
· Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin berkurangan.
|
7. Bulan Separa
(suku akhir)
|
· Separuh daripada di bahagian kiri diterangi cahaya matahari.
· Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin berkurangan memasuki fasa seterusnya.
|
8. Bulan Sabit Lama
|
· Kurang daripada separuh pada bahagian kiri Bulan diterangi cahaya matahari.
· Bahagian yang diterangi cahaya semakin berkurangan.
|
C. Takwim Qamari
Kejadian fasa Bulan digunakan untuk menentukan masa dalam takwim Qamari.Secara umumnya,kemunculan fasa Bulan berdasarkan takwim Qamari adalah seperti berikut:
Anak Bulan
Hari Pertama
|
Bulan separa
Hari ke 7
|
Bulan Purnama
Hari ke 14/15
|
Bulan separa
Hari ke 21
|
anak Bulan
hari terakhir
|
29.53 hari
|
D. Keindahan Sinaran Bulan
1. Bayangkan keadaan langit malam sekiranya tidak ada Bulan. Langit akan kelihatan gelap gelita. Ia akan memberi kesukaran kepada kita terutamanya pada zaman dahulu dimana penggunaan lampu suluh belum lagi dicipta. Malam akan terasa sunyi dan sepi.
2. Kita seharusnya bersyukur dan menghargai kehadiran Bulan yang bercahaya di langit malam. Kita seharusnya menjaga keindahan alam ini agar dapat dikekalkan kepada generasi akan datang.
3. Sinaran Bulan di langit malam yang gelap sememangnya indah. Seseorang yang merenung ke langit malam yang diterangi oleh sinaran Bulan akan beras aman,tenang
dan menyedari kebesaran Tuhan yang mencipta alam ini.
No comments:
Post a Comment