I

I

Wednesday, 18 May 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MRSM SERTING

Pada 20 April yang lalu , kumpulan Champion telah melawati MRSM Serting, Negeri Sembilan . Program tersebut berjaya menarik minat murid-murid untuk terus belajar hingga mencapai kejayaan serta melupakan perkara yang lepas.


   Kami bertolak dengan menaiki bas. Bas tersebut amat luas dan juga mempunyai pendingin hawa. Perjalanan ke MRSM Serting tersebut mengambil masa dua jam sahaja. 

    Setibanya kami di MRSM Serting ,kami melihat pagar masuk sekolah tersebut dan mengambil beberapa gambar pintu masuk tersebut.





   Seterusnya kami menjamu selera dan terus melawati pusat sumber MRSM Serting . Di sana kami didedahkan dengan maklumat yang lebih teperinci tentang sekolah tersebut . Kami juga dibawa oleh beberapa orang pelajar tingkatan tiga sekeliling sekolah. Contohnya,bilik-bilik asrama dan kelas-kelas.



    Disana  juga terdapat sebuah taman bunga tetapi malangnya kami tidak sempat manangkap gambar. Kemudian,kami menjamu selera dan pulang ke sekolah dengan menaiki bas.

    Disini saya mewakili kumpulan saya berharap agar lawatan sambil belajar ini akan dijadikan sebagai satu semangat yang baharu untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Terimakasih juga kepada para guru yang telah bersusah payah menjayakan program ini. Sekian.


Ahli:
Nur Khalisa.               - penulis
Afina Jasmine.           - pembekal idea
Fatihah Akhtar Fahmi -pembekal idea

Sunday, 18 October 2015

MARI BELAJAR TAJWID





                                           


                                              SEKIAN ....

BULAN.


A. Bulan memantulkan cahaya dari matahari

1. Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi bagi bumi.

2. Bulan bukan merupakan sebuah bintang mahupun planet 
kerana bulan tidak menghasilkan cahaya sendiri.

3. Bulan kelihatan terang pada waktu malam kerana memantulkancahaya daripada matahari ke bumi.

4. Pada waktu siang, kita tidak melihat bulan dengan jelas di langit. Ini adalah kerana cahaya dari matahari adalah terlalu terang berbandong cahaya yang dipantulkan oleh bulan.

B. Fasa-fasa Bulan


1. Apabila bulan bergerak mengelilingi Bumi, bentuk Bulan akan kelihatan berbeza-beza kerana kedudukan relatif Bumi dan Matahari kepada bulan.

2. Bulan tidak mengeluarkan cahaya. Ia hanya memantulkan cahaya daripada Matahari  Walaupun Bulan kelihatan bercahaya di langit malam, bentuknya berbeza-beza dari semasa ke semasa.Kadangkala bentuknya bulat, separuh bulat atau berbentuk sabit.Malah pada sesetengah malam, Bulan langsung tidak kelihatan di langit.

3. Bentuk-bentuk Bulan yang berlainan itu dikenali sebagai fasa Bulan. Semasa Bulan mengorbit Bumi, bahagian yang disinari Matahari, iaitu bahagian yang kita lihat akan melalui suatu tempoh perubahan atau fasa. Fasa Bulan terjadi kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya ke Bumi adalah berbeza dari semasa ke semasa.Bulan mengambil masa 29 hari untuk melengkapkan satu siri fasa. 

4. Oleh itu, kita boleh melihat pelbagai bentuk Bulan pada setiap malam, Fenomena ini dipanggil sebagai fasa Bulan. 

Fasa Bulan terdiri daripada
a.  anak Bulan
b.  Bulan sabit
c.   Bulan separa
d.  Bulan purnama.

5. Anak Bulan berlaku apabila permukaan Bulan yang gelap 
menghadap Bumi. Jadi, Bulan kelihatan gelap dan tidak dapat 
dilihat di langit malam.



6. Fasa Bulan  selepas anak bulan ialah bulan sabit baru. Pada masa ini hanya sebahagian kecil permukaan bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari yang 
 Bumi.


7. semakin lama, semakin besar permukaan Bulan yang diterangi oleh cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beransur-ansur beralih ke Bulan separa, purnama Baru dan akhir sekali Bulan Purnama.

8. Manakala semasa Bulan Purnama berlaku , keseluruhan bahagian terang permukaan Bulan menghadap Bumi.

9. Kemudian, semakin lama,semakin kecil permukaan Bulan yang diterangi cahaya Matahari menghadap Bumi. Jadi fasa Bulan beralih ke purnama lama,Bulan separa dan Bulan Sabit lama.


10. Tempoh masa untuk satu urutan fasa Bulan yang lengkap ialah 29 hari. Urutan fasa ini akan berulang semula secara seragam.


Fasa-Fasa Bulan
Ciri-Ciri

1. Anak Bulan



·         Bulan berada di antara Matahari dan Bumi
·         Bahagian Bulan yang tidak diterangi cahaya matahari mengadap Bumi.
·         Bulan tidak dapat dilihat dari Bumi.
2. Bulan Sabit Baru

·         Bahagian kanan Bulan disinari cahaya matahari.
·         Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.
·         Fasa ini berlaku antara anak Bulan dan bulan separa.
3. Bulan Separa
(suku pertama)


·         Separuh daripada Bulan iaitu bahagian sebelah kanan di sinari cahaya Matahari.
·         Bahagian yang disinari cahaya semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.
4. Purnama Baru


·         Lebih daripada separuh Bulan pada bahagian sebelah kanan diterangi cahaya matahari.
·         Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin bertambah memasuki fasa seterusnya.
5. Bulan purnama penuh

·         Bulan diterangi cahaya matahari sepenuhnya.
·         Bahagian yang diterangi cahaya matahari mengadap Bumi.
·         Bulan dapat dilihat dalam bentuk bulatan dari Bumi.
6. Purnama Lama


·         Lebih daripada separuh Bulan iaitu pada sebelah kiri diterangi cahaya matahari.
·         Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin berkurangan.
7. Bulan Separa
(suku akhir)


·         Separuh daripada di bahagian kiri diterangi cahaya matahari.
·         Bahagian yang diterangi cahaya matahari semakin berkurangan memasuki fasa seterusnya.
8. Bulan Sabit Lama

·         Kurang daripada separuh pada bahagian kiri Bulan diterangi cahaya matahari.
·         Bahagian yang diterangi cahaya semakin berkurangan.


C. Takwim Qamari 

Kejadian fasa Bulan digunakan untuk menentukan masa  dalam takwim Qamari.Secara umumnya,kemunculan fasa Bulan berdasarkan takwim Qamari adalah seperti berikut:

Anak Bulan    
Hari Pertama     
Bulan separa
Hari ke 7             
Bulan Purnama  
Hari ke 14/15       
Bulan separa 
Hari ke 21         
anak Bulan
hari terakhir
29.53 hari


D. Keindahan Sinaran Bulan 

1. Bayangkan keadaan langit malam sekiranya tidak ada Bulan. Langit akan kelihatan gelap gelita. Ia akan memberi kesukaran kepada kita terutamanya pada zaman dahulu dimana penggunaan lampu suluh belum lagi dicipta.   Malam akan terasa sunyi dan sepi.  

2. Kita seharusnya bersyukur dan menghargai kehadiran Bulan yang bercahaya di langit malam. Kita seharusnya menjaga keindahan alam ini agar dapat dikekalkan kepada generasi akan datang. 
3. Sinaran Bulan di langit malam yang gelap sememangnya indah. Seseorang yang merenung ke langit malam yang diterangi oleh sinaran Bulan akan beras aman,tenang 
dan menyedari kebesaran Tuhan yang mencipta alam ini.

SEKIAN.

AIR

 AIR telah membentuk Dunia kita. Secara beransur-ansur,air menghakis batuan Dan menghasilkan tanah yang ditumbuhi tumbuhan.Haiwan Dan tumbuhann tidak dapat hid up tanga air untuk diminum. air membeku membentuk liputan ais besar di Kutub Utara Dan Kutub Selatan. Kebanyakkan air di Dunia terdapat di lautan dan rasa nya masin. Air tawar yang tidak mempunyai garam di dapati di sungai Dan tasik.


TITISAN SEJUK BEKU.

>  Isikel terbentuk apabila salmi atau ais mencair Dan kemudiannya membeku semula . Salji mula mencair pada waktu siang. Titisan air kemudiannya membeku semula pada waktu malam yang lebih sejuk.

KITARAN AIR.

  > Kitaran air melibatkan semua air di Bumi. Titisan air atau wap naik dari tasik,sungai Dan laut untuk membentuk awan. Kemudian,titisan air ini bergabung untuk membentuk titisan lebih besar
yang akhirnya jatuh sebagai hujan. Sesetengah air hujan diserap oleh tanah. Kebanyakkan air itu mengalir semula ke laut.



Burung Pemakan OTAK

Edited by bianglala at 17-8-2015 09:11 AM 


Burung The Great Tit atau juga dikenali sebagai burung Zombie Tit adalah antara burung yang berbahaya di dunia. Ini kerana ia merupakan sejenis burung daripada kumpulan omnivor yang memakan tumbuhan dan juga daging. 


Walaupun 90 peratus makanannya adalah tumbuhan dan serangga, namun ada kalanya burung Zombie Tit boleh bertindak ganas dengan membunuh burung atau kelawar untuk meratah otak.

Biasanya burung ini akan menyerang mangsa secara serangan hendap sama ada ketika burung-burung berada dalam sarang atau ketika kelawar sedang berhibernasi pada waktu siang. Pada waktu itu, Zombie Tit akan menerkam kepala mangsa, lalu mematuk tengkorak sehingga pecah sebelum menjamah otak segar.

Meskipun saiz burung ini hanyalah berukuran 12.5 hingga 14 sentimeter, namun ia dianugerahkan paruh yang sangat kuat hingga mampu memecahkan kacang hazel serta biji-bijian lain. Maka tidak hairan jika ia mampu memecahkan tengkorak haiwan lain. Satu lagi tabiat pemakanan burung ini ialah suka menjamah bangkai
.



Walaupun burung ini sangat kecil, namun ia mampu bertelur sehingga 12 biji telur dalam satu-satu masa. Meskipun begitu, hanya dua ekor sahaja yang biasanya kekal hidup akibat buruan haiwan pemangsa lain seperti burung belatuk, tupai, hama dan juga manusia.

Terdapat satu lagi kelebihan burung Zombie Tit iaitu siulan yang merdu. Burung ini memiliki satu intonasi suara yang sangat nyaring dan sedap didengar. Malah, mereka boleh menghasilkan nyanyian lebih dari 40 jenis siulan. Mungkin kerana itu, mangsa jarang menyedari kehadirannya kerana tidak dapat mengenal pasti jenis burung sebenar yang akhirnya menyebabkan otak mereka diratah.




Sumber : Majalah INFINITI September 2015.

Saturday, 17 October 2015

Top 10 Haiwan Paling Beracun Di Dunia

Top 10 haiwan paling beracun di dunia   


     Kali ni nak cerita pasal 10 haiwan yang paling beracun di dunia.Aku sangat suka tentang cerita-cerita pasal haiwan ni.Ok.Jom kite tengok 10 haiwan yang paling beracun di dunia ni.


10 . Puffer Fish

-

Puffer Fish biasanya dijumpai di Jepun dan Korea.Ia merupakan salah satu makanan kegemaran di kedua-dua negara tersebut.Kulit dan organ Puffer Fish ni sangat beracun.Tak tahu macamana dorang makan Puffer Fish ni.Sesiapa yang terkena racun ni akan mati dalam masa 24 jam.Tidak ada penawar bagi racun tersebut

 9 . Poison Dart Frog


Poison Dart Frog adalah salah satu haiwan yang tinggal di Hutan Hujan di South America. Kalau korang berjalan-jalan disana,jangan sentuh atau bawa balik katak ni.Racun katak ini boleh membunuh 10 orang dewasa dan 20000 ekor tikus.

8 . Inland Taipan


Inland Taipan ialah ular yang paling berbisa didunia.Gigitan ular ini mampu menumbangkan 100 orang dewasa dan 250000 ekor tikus.Racun ular ini dikatakan jauh lebih kuat daripada ular tedung.Seorang lelaki dewasa tumbang hanya dalam masa 45 minit oleh racun ular ini.

7. The Brazilian Wondering Spider

The Brazilian Wondering Spider muncul dalam Guiness Book of World Recods 2007 sebagai labah-labah paling berbisa dan penyebab utama kematian manusia pada masa tu.Haiwan ini sangat berbahaya kerana haiwan ini berkeliaran.Haiwan ni juga dikatakan sering bersembunyi pada waktu pagi di dalam rumah,pakaian,but dan kereta.

6 . Stonefish


Stonefish ialah sejenis ikan yang paling berbisa didunia.Racun Stonefish ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk,kelumpuhan dan anggota badan perlu dipotong sekiranya terkena racun ini bagi mengelakkan racun itu daripada merebak.
5 . Death Stalker Scorpion


Death Stalker Scorpion mempunyai racun yang sangat kuat sehingga menyebabkan kesakitan yang teramat,demam,koma,sawan,lumpuh dan kematian.Haiwan ini dijumpai di Afrika Utara dan Timur Tengah.
4 . Blue-Ringed Octopus


Blue-Ringed Octopus  sangat kecil dengan saiznya yang hanya sebesar bola golf,tetapi racunnya adalah sangat kuat sehingga mampu membunuh 26 orang dewasa dalam masa beberapa minit.Gigitannya mungkin tidak berapa merbahaya dan sakit,tetapi ia boleh menyebabkan otot kejang,nafas terhenti dan akhirnya membawa kepada kematian.Haiwan ini boleh ditemui di Kolam Air Pasang di Lautan Pasifik dari Jepun ke Australia.(Kalau nak mati awal,boleh pergi situ..^^)

3 . Marbled Cone Snail



Marbled Cone Snail ni sedap dipandang kerana bentuknya yang cantik.Tapi,jangan tertipu dengan bentuknya yang cantik itu.Disebalik bentuknya yang cantik itu,haiwan ini mempunyai racun yang sangat berbisa yang mampu membunuh lebih daripada 20 manusia.Racunnya berbantuk airgaram.So,kalau korang sering pergi kelaut dimana terdapatnya siput ini,potensi untuk korang terkena racun ini adalah sangat tinggi.Kesan racun ini boleh menyebabkan bengkak-bengkak,kekejangan otot dan seterusnya membawa kepada kematian.

2 . King Cobra 
  

Naib johan bagi 10 haiwan paling beracun didunia dimenangi oleh King Cobra.Tahniah diucapkan kepada King Cobra yang merupakan ular berbisa yang terpanjang didunia.Gigitan ular ini mampu membunuh seekor gajah Asia dalam masa 3 jam,apatah lagi manusia.(Lau manusia,baru jumpa ular ni dah meninggal kot).

1 . Box Jellyfish


Johan bagi 10 haiwan paling berbisa didunia dimenangi oleh Box Jellyfish. Haiwan ini mencatatkan rekod dengan kematian sebanyak 5667 orang sejak tahun 1954.Racunnya sangat berbisa sehingga mampu menyebabkan kesakitan yang teramat sangat,sakit jantung dan akhirnya mati.

P/S : Harap-haraplah haiwan ni xda di Malaysia..T.T